Monday, August 8, 2011

Ramadhan ke-9

Ramadhan ke-8 berlalu penuh lelah....
3 daerah diterokai
4 negeri ku mengalir menuju 1 destinasi
kini aku di tengah ibu kesesakkan
mencari sesuap bekalan untuk meneruskan kehidupan
semoga ramadhan disini membuat aku lebih tabah
menjalani 1 rukun islam agar aku sentiasa menyerah diri kepadaNya.......

Saturday, August 6, 2011

Asam Pedas Johor Asli

RESTORAN ANISOFEA

Untuk entry kali ni awok nak promote lah sebuah restoran asam pedas kat JB ni.... pada awok asam pedas ikan merah kat restoran ni boleh dikira antara yang terbaiklah yang awok pernah makan selain drp asam pedas ikan parang yg mak awok buat memang lagu superb la....hahhaaha

Selain dari asam pedas ikan merah ni mcm2 lagi makanan sampingan ade...biasa awok order tempe gorng rempah & kailan ikan masin je...tp menu2 sampingan lain pun ade jgk ikut selera masing2 lakn...
Asam pedas ikan merah,kailan ikan masin
&tempe gorng rempah...














Untuk minuman pulak awok order Jus epal asam boi,milo tabur & ais kosong.....memang terbaikla.... untuk minuman lain pun ade....pilihla yang kena tekak sedara2 sekaliankan....hahahaha

Milo tabur, jus epal asam boi & ais kosong
Okla untuk entry kali ni itu je yang awok nak prmtekn untk member2 sekalian...... cuba dulu baru tau k....

Ramadhan ke-7

Dulu aku bersendirian kini aku berkawan
Dulu di Batu Pahat kini di ibu kota jajahan
Dulu di Hampas kini di telebau
Semua dari sana aku masih tetap disini

Datang membawa berita
Datang membawa perancangan
Datang membawa harapan

Semoga ramadhan ke-7
membawa 1 erti
membawa 1000 kenangan.....

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke-5

Diketika ini aku masih berjaga.....
Berjaga kerana anak mataku masih enggan bermimpi.....
Berjaga kerana bingung anak mataku enggan melelapkn mata.....
Berjaga kerana melayangkan perjalanan disiang hari akan ku tempuhi.....

Diketika ini aku sepian.....aku kesunyian....aku keseorangan.....
Bertemankan berbatang-batang cigar.....
Bertemankan bijian kopi bercampur bijiran gandum....
Bertemankan angin buatan manusia.....

Akhirnya aku memutuskan untuk sahur hari ke-5.....
Bekalan organ untuk menempuhi dinihari..... (*v*)

Wednesday, April 27, 2011

Campuran Ron95 & Ron97

Argh....mcm terlewat je pg ni.... aku meraba jam tgn disisi kepalaku. alamak dah 9suku..
xpela...lewat 15 minit je....klu kuar awal pn bukan ade sape lg kat agensi2 autority.....
koman2 pun kul 10 or 10 lebih baru ade org...tu pun sorg dua je.... dah masak sgt dgn segelintir jbtn2 autority ni.........pastu aku tgk fon & ade la 2 3 miscol dr opis & 1 2 msg yg masuk....abaikn smtra & mengeliat sepuasnya...hahaha capai towel & mandila....

Gambar hiasan
Macam biasa sebelum menggerakkan mobilku aku panaskn engine kat 5 minte jgkla...biasala kete lama...
sambil2 drive tu aku pikir keje ape la yg nak aku setelkan arini....klu xde arahan dr hq aku kat kl mmg pndai2 kena cari keje yg pending untk disetelkan...nnt dikatakan makan gaji buta pulak.....smbil drve tu sempatla aku cek wallt aku...ah...ade 2rggt je..kena cucuk ni...aku pun membrhntikan mobilku di shell berdekatan UTM..pas cucuk aku ke kautr jurujual beli air mineral....& ade sorg pkck ni myb prof kat UTM kot nak isi mnyk....dia blh pulak mintk nak isi half ron95 & half ron97....hahaha aeweks kat kauntr tu pn menunjukkn reaksi pelik....aku pun pelik jgkla...ini macm pn ade ke...... ron95+ron97=?????
Ron95

Ron97




          +







                                                                                    =???




Sunday, April 10, 2011

Primax 95 Xtra Petronas

Skrg RM1.90 tggu lepas 16 April RM????
Pakat Pulun Cepat2....


Gempak gila bunyinya.......Petronas lancar petrol baharu berteknologi F1....hahaha
Time jadi tuan uma F1 la baru nak lancar minyak ni.....hahaha
biaq mat salleh yg datg race kat mlysia tau gomen baik....hahaha 
sayang sama rakyat......hahaha
Harga sama prestasi lebih hebat...hahaha
mcm auta je ni....hahaha
skrg hrga sama rm1.90 so tggu pas 16 april.... hahaha
rm????? hahahaha sbb ini mnyak berteknologi F1....
Gila apo berteknologi F1 pakai mnyk hrga rm1.90.....hahaha
Tgguuuuu!!!! jeng jerejeng jeng..........hahaha
Apa punya tur da.....hahaha

Batu Nisan Hidup

Tahun depaan cnfm batu ni ade dalam muzium klate...haha
Misteri Nusantara.....



Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa. - Osmor
hahaha......Reporter Universiti mana ni.....hehehe
hahaha.....mula-mula cakap penduduk terkejut.......hehehe
hahha....dah pertengahan jalan cerita......hehehe
hahaha....bgtau pnduduk dah mmgtau nisan tu membesar......hehehe
hahaha.....hujung cerita bgtau perbandingan size nisan dan manusia....hehehe
hahaha......ape guna letak gmbr....hehehhe
hahaha.....reporter yg gempak ni...hehehe
hahaha...ape punya tur da....hehehe

Friday, March 18, 2011

Buku nuklear hangat dipasaran....

KERAJAAN JAMIN NEGARA BEBAS KESAN RADIASI : ONGKILI- meloya

Kerajaan hari ini memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan oleh Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa melawat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia, ia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” tegasnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MALAON INI NAK JADI TUHAN KE?.... kah kah kah…

kah kah kah…MACAM MANA KERAJAAN NAK JAMIN… kah kah kah..

kah kah kah… TAIWAN , PILIPINA, AMERIKA , CHINA, RUSSIA… SEMUA AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA…. kah kah kah…

kah kah kah…MACAM MANA MALAON INI BOLEH BERI JAMINAN?.... kah kah kah…

kah kah kah… NAMA MALAON INI MAXIMUS ONGKILI… kah kah kah

kah kah kah… LEBIH TEPAT KALAU NAMA NYA BIGGUS DIKUS …. kah kah kah..

kah kah kah… ATAU BIGGUS DIKUS ONG DI KUALI… kah kah kah…




BERITA BARU MASUK

Dari FB Jabatan Penerangan Malaysia:

Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita. Faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kahakahakhahkaha..!!

woit... RADIO AKTIF KALAU HUJAN GUGUR KE BUMI.... kah kah kah..

kah kah kah... DI BUMI DI SEDUT OLEH TANAMAN.... kah kah kah...

kah kah kah...JATUH DI LAUT DI SEDUT OLEH IAKAN DAN KERANG.... kah kah kah..

kah kah kah...TANAMAN DAN IKAN ADALAH MAKANAN KITA SEMUA... kah kah kah

woit... BANGANG BETUL LAAA.... kah kah kah..

nota:
apa yang perlu dilakukan ialah:
beri penerangan kepada orang ramai
beri pengetahuan bagaimana radioaktif bergerak
beri penerangan tentang bagaimana radioaktif boleh masuk ke badan manusia
beri penerangan akan bahaya radioaktif
beri penerangan apa yang mendatangkan radioaktif
beri penerangan apa yang perlu dilakukan jika terkena radioaftif

nota:
orang ramai bertanya
kalau bik mama dan sembab
kena radioaktif adakah mereka
akan slim? kah kah kah


sumber dari tukar tiub

Apa boleh buat lorrr???

DARI FUKUSHIMA

- washington, paris , london dan bonn makin gusar

- amerika hantar kapal terbang nak bawa warga pulang

- reaktor no 4 mula bocor

- pagi khamis heli askar jatuhkan 30 tan air sejuk ke dlam loji

- G7 mula tunjukkan risau tentang ekonomi

- presiden russia dmitry medevdec kata – collossal national disaster –

- baru disedari umum bahawa reaktor no3 ada plutonium,

- plutonium paling bahaya walau pun debu – barah

- sebastian pflugbeil dari society for radiation protection berkata
- apa yang berlaku di fukushima – permulaan kehancuran –
- the beginning of the catastropic phase –

- penduduk tokyo – 13 juta – akan bergelap

- atm mesin bank mizoho jam 2 kali – ramai keluarkan duit

- kedutaan amerika di tokyo mula kurangkan keluarga

- britain nasehatkan warganya untuk tinggal kan jepun

- amerika dan peranchis telah melakukan pekara yang sama

- russian nak tutup kedutaan

- opis passport tokyo beribu beratur semua nak ambil passport

- malaysia tak buat apa apa kerana fulus sudah habis kah kah kah

nota:
kalau dari awal berkata jujur
banyak pekara boleh diselesaikan
tapi saudagar loji tak berani
bercakap benar takut pelaboran rugi

sekarang rugi lagi besar


SILA BACA TAJUK TAJUK AKHBAR DAN BERITA KELMARIN-mail online

UN predicts nuclear plume could hit U.S. by FRIDAY as Obama finally falls in line with the rest of the world and starts evacuating American citizens from Japan

• French minister: 'Let's not beat about the bush, they've essentially lost control'

• Cooling pool for spent fuel rods has 'boiled dry at reactor number four

• Japanese have 48 hours to avoid 'another Chernobyl'

• Radioactive steam spews into atmosphere from reactor number three

• Experts warn that crisis is 'approaching point of no return' as officials run out of options

• Officials commandeer police water cannon to spray complex

• Attempts to dump water on reactors by helicopter fail

sumber dari tukar tiub

Sunday, March 13, 2011

Berfikir Sejenak.....


PELIK TETAPI BENAR


apabila berlaku tunjukan perasaan di mesir
apabila anak anak muda mesir
mula berkumpul di dataran tahrir
maka di malaysia pun mula heboh
untuk membawa anak anak muda
anak anak mahasiswakita pulang

maka berebut rebut ahli politik
mengeluarkan pendapat kenapa kita
wajib membawa pelajar kita pulang

semua berkata : untuk keselamatan mereka

bunyinya cukup enak
betul ke untuk keselamatan?

kalau betul untuk keselamatan
kenapa hari ini semua senyap
tidak ada langkah untuk
membawa pulang pelajar dan warga kita dari jepun

dua loji nuklear sedang cair
warga kota tokyo berbondong bondong melarikan diri

loji nuklear di fukushima ini hanya 124 kilometer dari tokyo
ertinya kalau kita duduk di kuala lumpur loji ini d ipoh
tidak jauh - terlalu dekat - ertinya amat bahaya

warga tokyo telah mula meninggalkan tokyo
mereka kurang percaya akan kata kata dari pakar
tentang keselamatan nyawa mereka

kita di malaysia kenapa senyap?
kenapa tidak heboh macam
kes demo anti mubarak dulu
tak heboh nak selamatkan warga malaysia?

di dataran tahrir hanya tunjuk perasaan
di tokyo letupan loji nuklear

kenapa senyap?

jawabnya senang:
kerajaan ini anti tunjuk perasaan
tidak mahu anak anak muda pelajar kita
melihat rakyat mesir bangun berjuang dan berdemo

jawabnya senang:
kerajaan ini pro nuklear
jadi dibiarkan rakyat dari mengetahui
akan bahaya sebenarnya

ibu bapa wajib disedarkan bahawa radioaktif
mak cik dan pak cik felda wajib kita sedarkan
orang ramai wajib kita sedarkan
tentang bahaya radioaktif

betul tunjuk perasaan kita nampak
tapi bahaya radioaktif kita semua tak nampak

sedarlah!
bahaya dari loji nuklear yang pecah
bahaya dari radioaktif yang berterbangan ini
bermilion milion kali ganda
lebih bahaya dari tunjuk perasaan anak anak muda di dataran tahrir!

sumber dari tukar tiub

Wednesday, March 2, 2011

Cuti Sakit (MC) - Bab 2

Beli bnyk 2 sijil cuti sakit senang....
Untuk keesokknnya aku pn pusing 1 JB nak dpatkn cuti sakit pnya sijil... payah gile....semua kliink skrg dah baik...dah xjual sijil cuti ssakit...yg sushnya akula....dahla panas...kena tebalkn muka lak tnya ade jual cuti sakit.. adoii....last2 terpksela bt checkup dgn doktr jgk...melayangla RM35 semata2 nak dptkn sijil cuti sakit je.........

Ditelan mati mak diluah mati bapak.....apa punya turrrr la...

Cuti Sakit (MC)

Nak MC jgn masuk cni.........masuk bilik mayat..



Semalam aku g la ke satu hospital kerajaan ni dlm kul 7 lebih p.m aku smpai...mula tu segla proses brjalan lncar & pantas...lepas je cek kat bilik nurse kat pukul 8p.m tu bermula la hangin 1 bdn meningkat mendadak...tggu pnya tggu & pesakit yg baru dtg pn ramai da jmpa dktr & balik aku lak masih membatu tggu dipanggil....kat kul 10p.m baru nama aku dipanggil.....2 jam buang masa yg berharga kat ctu...nak buat mcmana nak jimat pda wang so rugi pada masa lak.....
lepas dktr periksa  aku pn mintk la nak M.C sok.....dktr tu ckp kat bhgn kcemasan xblh ambik MC...  jem btl kepala aku...xlarat la oiiii....xkn nak keje jgk sok..yg aku pelik btl ke bhgn kcmsan xblh ambk mc???? so klu ade pesakit path tgn or kaki esoknya kena g keje la coz xdpt mc???  musykil kot....

Saturday, February 19, 2011

Salam Terakhir Sudirman Hj Arshad

"Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya."
 
Kata-kata mu dulu,kini benar-benar menjadi kenyataan....
Kemunculan mu hanya sedetik 
Kegemilangan mu kekal diingati bertahun-tahun
hingga selama-lamanya dirimu akan sentiasa dikenang
Penghibur Terbaik Asia,
Penghibur Milik Masyarakat
Seniman Rakyat,
Elvis Malaysia.

Dirimu kini jauh Terasing
Teringin aku Merisik Khabar mu
Hanya Doa yang mampu ku bekalkan
Semoga dirimu ditempatkan 
dikalangan orang-orang yang beriman
dan dikasihiNya.
buatmu
( 25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)

AL-FATIHAH

"Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya hanya berserah padaNya,
Salam Akhir salam teristimewa.........
KepadaNya ku memohon keampunan,
MelaluiNya kuberi kemaafan kepadamu........
Andai aku punya waktu, masihku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku diingatan
Salam Ku Yang Terakhir......"

Nukilanku,
@lef Yusof

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 2011


CONTOHILAH AKHLAK
RASULULLAH S.A.W

Cuti satu perkataan yang akan membuatkan semua org tersengeh & tidak kurg yang melompat kegembiraan....hari ini (15/2/2011) sempena Maulidur Rasul setiap orang pasti sudah merencana aktiviti yang hendak diisi sempena cuti umum ini.....ada yang ingin shopping.ade yang ingin beriadah & ade juga yang nak berdating bersama boy & girl masing2.....
Dalam termenung merencana progm yang nak dilakukan siang nanti terlintas difikiranku tentang Rasulullah S.A.W. Sebagai manusia yang xlari dari melakukan kesilapan sukar untuk aku mencontohi akhlak Rasulullah...

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; "Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang terbaik akhlaknya." (Riwayat Bukhari)

Disini aku ingin brkongsi bersama rakan-rakan akhlak terpuji Rasulullah yang harus kita contohi antaranya:
  1. Sabar 
  • Jadila org yang sabar bila tersekat didalam jem... :-)
  • Jadilah org yang sabar bila menanti kedtgn sahabat anda. :-) 
    2.  Memaafkan
  • maafkanla jika ade kereta yang potg Q
  • maafkanla rakan anda jika dia terlewat sampai & membuat anda tertggu..
     3.  Malu      
  • Memiliki sifat malu juga menjadikan seorg itu sentiasa menjaga perkataan,aurat,budi pekertinya ketika dikhalayak dan turut menjaga kelima-lima pancainderanya.
      4. Pemurah
  • Duit bukan boleh dibawa mati jadi selalula bersedekah......
  • Bantula rakan yang didalam kesusahan & sekali sekala belanjala rakan2 anda..
      5.  Mengutamakan Orang lain
  • Berila keutamaan kepada orang lain daripada keutamaan diri sendiri terutama kepada ibu bapa.pasangan atau anak2...semuanya adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah..
      6. Bercakap Hanya yang baik
  • Lebih baik diam daripada bercakap perkara buruk,elakkan mengumpat,menfitnah,mendedahkan keaiban orang lain,bertengkar atau menceritakan rahsia orang.
  • Bnyakkan berzikir,istigfar dan bercakap perkara yang bermanafaat.
     7. Adil terhadap diri sendiri
  • meletakkan sesuatu yang hak ditempat yang betul
  • ia akan membawa kepada kehidupan yang tenang dan damai
     8.  Berbaik Sangka
  • berbaik sangkala dengan rakan-rakan anda
  • berburuk sangka hanya akan menyebabkan hati kita sentiasa sakit,jiwa tidak tenang dan akhirnya akan memutuskan tali silaturahim.
     9.  Ringan Tangan
  • Sentiasala menghulurkan bantuan jika diperlukan
  • jika tidak mampu dgn wang cukupla dgn kudrat dan tenaga,jika tidak  mampu dgn tenaga cukupla dgn semgat dan jika tidak mampu juga cukupla sekadar berdoa untk kesejahteraan atau diringankan beban
     10. Serba Sederhana
  • Tidak perlulah menunjuk2 atau membritahu org lain akan kelebihan diri.

Sesungguhnya akhlak akan jadi lebih terpuji andai kita bersandarkan kepada role model unggul yang sedia kita maklumi iaitu Rasulullah. Berakhlak mulia bukan hanya pada bulan Ramadhan je....ia harus dipraktikkan dan dipamerkan secara kerap.
Mencari kesempurnaan diri adalah tugas kita semua  dalam mengejar keredhaan Allah.    

Jadilah manusia yang waras yng menggunakan akalnya untuk sentiasa berfikir....

                                                                                                                                        

Saturday, February 12, 2011

Menyambut Valentine's Day 14 Februari






Valentine's Day

14 Februari tinggal 2 hari je lg......dalam fikiran setiap pasangan kekasih pada ketika ini sudah tentu merancang pelbagai aktiviti pada hari tersebut bagi meraikannya untuk meninggalkan kenangan terindah dalam perhubngn.
Disini aku ingin berkongsi kepada semua samaada yang sudah mengetahui atau masih buta lagi tentang Valentine's Day atau dalam bahasa ibundanya Hari KeKasih. Sama-sama la kita membaca,berfikir & bertindak.
  1. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
  2. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sesiapa umat islam yang meraikan hari kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada islam jika cara menyambut atau melakukanya mirip dengan agama asal perrayaan itu,Kristian. Ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Kita sebagai umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
aku tertanya-tanya pada diriku sendiri mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-islam selama tiga hari berturut-turut hukumnya sudah pun jatuh haram. jadi amalan atau budaya islam itu sendiri sudah terbukti jauh lebih baik.
Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
Didalam islam berkasih sayang bukan hanya tergolong dalam golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Marilah kita fikir-fikirkan & renung2kan...
 P/s : Khas buat semua
        TQ Utusan Malaysia
     

Memori Selamanya

Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori..

Waktu kecil 
waktu yang gemilang

Oh tuhan 
Ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
bila kita semua 
tak akan membesar

 Alangkah indahnya dunia
bila kita semua
Akan bersama selamanya

Tak lupa
Pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji

 
Ponteng kerana ku
macam tak biasa

Alangkah indahnya dunia
bila kita semua 
melangkah kedepan

Alangkah indahnya dunia
bila kita semua 
Akan bersama
Selamanya..............

P/s : Memori Ehsan 3 Teknik Segamat
        TQ Hujan - Muda