Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 2011


CONTOHILAH AKHLAK
RASULULLAH S.A.W

Cuti satu perkataan yang akan membuatkan semua org tersengeh & tidak kurg yang melompat kegembiraan....hari ini (15/2/2011) sempena Maulidur Rasul setiap orang pasti sudah merencana aktiviti yang hendak diisi sempena cuti umum ini.....ada yang ingin shopping.ade yang ingin beriadah & ade juga yang nak berdating bersama boy & girl masing2.....
Dalam termenung merencana progm yang nak dilakukan siang nanti terlintas difikiranku tentang Rasulullah S.A.W. Sebagai manusia yang xlari dari melakukan kesilapan sukar untuk aku mencontohi akhlak Rasulullah...

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; "Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang terbaik akhlaknya." (Riwayat Bukhari)

Disini aku ingin brkongsi bersama rakan-rakan akhlak terpuji Rasulullah yang harus kita contohi antaranya:
  1. Sabar 
  • Jadila org yang sabar bila tersekat didalam jem... :-)
  • Jadilah org yang sabar bila menanti kedtgn sahabat anda. :-) 
    2.  Memaafkan
  • maafkanla jika ade kereta yang potg Q
  • maafkanla rakan anda jika dia terlewat sampai & membuat anda tertggu..
     3.  Malu      
  • Memiliki sifat malu juga menjadikan seorg itu sentiasa menjaga perkataan,aurat,budi pekertinya ketika dikhalayak dan turut menjaga kelima-lima pancainderanya.
      4. Pemurah
  • Duit bukan boleh dibawa mati jadi selalula bersedekah......
  • Bantula rakan yang didalam kesusahan & sekali sekala belanjala rakan2 anda..
      5.  Mengutamakan Orang lain
  • Berila keutamaan kepada orang lain daripada keutamaan diri sendiri terutama kepada ibu bapa.pasangan atau anak2...semuanya adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah..
      6. Bercakap Hanya yang baik
  • Lebih baik diam daripada bercakap perkara buruk,elakkan mengumpat,menfitnah,mendedahkan keaiban orang lain,bertengkar atau menceritakan rahsia orang.
  • Bnyakkan berzikir,istigfar dan bercakap perkara yang bermanafaat.
     7. Adil terhadap diri sendiri
  • meletakkan sesuatu yang hak ditempat yang betul
  • ia akan membawa kepada kehidupan yang tenang dan damai
     8.  Berbaik Sangka
  • berbaik sangkala dengan rakan-rakan anda
  • berburuk sangka hanya akan menyebabkan hati kita sentiasa sakit,jiwa tidak tenang dan akhirnya akan memutuskan tali silaturahim.
     9.  Ringan Tangan
  • Sentiasala menghulurkan bantuan jika diperlukan
  • jika tidak mampu dgn wang cukupla dgn kudrat dan tenaga,jika tidak  mampu dgn tenaga cukupla dgn semgat dan jika tidak mampu juga cukupla sekadar berdoa untk kesejahteraan atau diringankan beban
     10. Serba Sederhana
  • Tidak perlulah menunjuk2 atau membritahu org lain akan kelebihan diri.

Sesungguhnya akhlak akan jadi lebih terpuji andai kita bersandarkan kepada role model unggul yang sedia kita maklumi iaitu Rasulullah. Berakhlak mulia bukan hanya pada bulan Ramadhan je....ia harus dipraktikkan dan dipamerkan secara kerap.
Mencari kesempurnaan diri adalah tugas kita semua  dalam mengejar keredhaan Allah.    

Jadilah manusia yang waras yng menggunakan akalnya untuk sentiasa berfikir....

                                                                                                                                        

0 comments:

Post a Comment