Saturday, February 12, 2011

Menyambut Valentine's Day 14 Februari






Valentine's Day

14 Februari tinggal 2 hari je lg......dalam fikiran setiap pasangan kekasih pada ketika ini sudah tentu merancang pelbagai aktiviti pada hari tersebut bagi meraikannya untuk meninggalkan kenangan terindah dalam perhubngn.
Disini aku ingin berkongsi kepada semua samaada yang sudah mengetahui atau masih buta lagi tentang Valentine's Day atau dalam bahasa ibundanya Hari KeKasih. Sama-sama la kita membaca,berfikir & bertindak.
  1. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
  2. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sesiapa umat islam yang meraikan hari kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada islam jika cara menyambut atau melakukanya mirip dengan agama asal perrayaan itu,Kristian. Ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Kita sebagai umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
aku tertanya-tanya pada diriku sendiri mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-islam selama tiga hari berturut-turut hukumnya sudah pun jatuh haram. jadi amalan atau budaya islam itu sendiri sudah terbukti jauh lebih baik.
Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
Didalam islam berkasih sayang bukan hanya tergolong dalam golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Marilah kita fikir-fikirkan & renung2kan...
 P/s : Khas buat semua
        TQ Utusan Malaysia
     

0 comments:

Post a Comment